I made this widget at MyFlashFetish.com.

PEMBUKA MADAH

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Saya empunya blog ini ingin memperkenalkan diri. Saya Amiruhakim Bin Ahmad Nadzri. Saya berusia 19 tahun. Saya mendapat pendidikan menegah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Saya sekarang menuntut di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka. Bagi saya teknologi kini sangat berkembang dengan maju serta pantas. Namun begitu banyak yang perlu kita isi dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada kita semua. Selain itu kita juga jangan menyalahgunakan teknologi ini yang telah memberi banyak peluang yang perlu kita isikan dengan sebaik-baik.

PERINGATAN ALLAH KEPADA YANG LALAI

Sebelum ini sering kedengaran melalui ceramah agama,kuliah dan siri motivasi di media antara topik yang diutarakan mengenai gejela sosial.Antaranya bohsia,pergaulan bebas,seks bebas,mabuk,lumba haram dan sebagainya.Lebih mengecewakan,mereka yang terlibat dari bangsa Melayu yang bergama Islam.Gejala ini lebih ketara apabila pada sebelah malamnya diadakan pesta-pesta sambutan seperti Malam Kemerdekaan,Tahun Baru dan sebagainya.Berbuih-buih mulut para pendakwah memberikan nasihat kepada kita semua agar meninggalkan perkara yang melalaikan kita.Kita sering kali melakukan kesalahan dan berbangga dengan dosa-dosa.Maka Allah memberikan peringatan kepada kita dengan sedikit sahaja melalai ombak Tsunami.Barulah dengan sendirinya sambutan Tahun Baru pada tahun tersebut dibatalkan.Selain itu,terdapat juga peringatan dari Allah seperti gempa bumi,tanah runtuh dan peperangan. Kita sebagai makhluk Allah palinig mulia seharusnya kerana dikurniakan oleh Allah akal dan fikiran supaya kita berfikir untuk melakukan sesuatu perkara dan berfikir tentang segala jenis malapetaka yang pernah diturunkan-Nya sebagai peringatan kepada kita.

RENUNGAN SEJENAK

Tidak ada rasa takut... apatah kesal jauh dari sudut hati di sudut laman petang... dosa dibeli sebegitu murah dengan harga satu umpatan... tentang kain carik di betis orang,tentang tiris bumbung di rumah jiran...Di warung-warung gebang... dosa sehari diraih sebanyak-banyaknya... cukup dibayar kopi satu cawan,lumba-lumba bentang berita terkini... serakah seorang tokoh kebencian...tanpa bukti tanpa saksi cerita lipur lara pelosok mukim... sensasi dilukis sebegitu hina potret jalang artis manis dijual... dengan fitnah dan rempah tambah berbekal sebuah gosip cinta... dan secebis prasangka.Peluru caci, peluru tembakan nista... berpuing-puing membedil wibawa dosa di pentas siasah tampak suci... dibalut keharusan fatwa spontan... lupa pada karaman katibin... disebalik tabir kota malam... selenggara dosa lebih enak... dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang hatinya telah buta... pada azab, sensara neraka

Ahad, 8 Februari 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

taubatlah wahai umat manusia...